Tuesday, November 30, 2010

Kucing juga berzikir, bertasbih.

24 comments

   Assalamualaikum dan Salam Satu Dua Tiga.


 Sepertimana yang Ustazah Azizah pernah ajar , (korang aku tak taulah ustad mana yang ajar), semua makhluk ciptaan Allah semuanya berzikr, 24/7 tidak pernah henti-henti memuji-muji keesaan dan keagunganNYA.Jadi untuk hari ini , aku nak bercerita sikit tentang perihal kisah haiwan yang boleh dijadikan tauladan bersama-sama ini.










        Masa tingkatan 2 , sekolah jadi host kejohanan olahraga daerah.Sebab aku lari asik dapat no.2 je, maka aku tak dapat wakil sekolah.Pun begitu, aku telah dipaksa  dijemput untuk jadi sukarelawan jap. Lewat petang lepas abis hari pertama kejohanan, aku gi tolong cikgu kemas-kemas fail, senarai nama dan daftar pingat kat rumah cikgu. 









Dia masuk dalam bilik. Cikgu aku ni agak kasar.Muka pun ada calar-calar kat mata, macam mata Shanks, tapi rupa-rupanya dia seorang yang penyayang .Ramai kucin kat dalam bilik tidur dia tu dalam keadaan memandang-mandang muka cikgu seolah-olah anak-anak kecil yang dahagakan belaian dan kasih sayang.....nyiaow, nyiaow, nyiaow..




Aku curi-curi pandang masuk dalam bilik, 
Dan apa yang aku nampak..










...............






  Selang seminggu, balik rumah aku pun cuba-cuba buat camtu dengan  Comel. Try-try tepuk bahu , macam cikgu buat kat kucing-kucing dia.










Tak pasal-pasal angin orang tua nih..








Sebabkan bengang , aku campak Comel kat dinding..grr..padan muke!






Semenjak hari itu, Comel dah tak balik-balik rumah lagi. Kali terakhir aku nampak masa sukan Olimpik kat China arituh, dia tengah melepak kat pangkin rumah jiran sebelah. Barangkali mahu melepas rindu dendam kat awek-awek dia kat situ.






...........




  Dek kerana penangan cakaran Comel ini jugalah, rambut aku tengah ini macam tak berapa nak ada sangat. Gugur.Macam-macam method aku try termasuklah pakai sikit tonic abang yang mahal tuh.


   Suatu hari , bila aku bukak al-Kuliyyah kat tv, ada seorang ustaz cakap, doa orang yang ditindas, dizalimi pasti dimakbulkan tanpa sebarang syarat,  baru aku teringat tentang Comel. Oh, rupanya, inilah balasan aku menganiaya Comel.Tiada kaitan dengan terlebih makan meggi, ataupun banyak sangat fikir.Pastilah si Comel berdoa agar ada balasan yang ditimpakan ke atas aku. 
Takpelah, aku redha. Moga ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kamu-kamu semua.






















 Kesimpulannya, janganlah kamu menghina, mengherdik, malah menindas sesama makhluk. Boleh jadi mereka yang kamu tindas adalah mereka yang lebih soleh dari kamu, apatah lagi mereka yang senantiasa berzikir, bertasbih,...


..
walaupun ia seekor kucing, macam Comel.
_Wallahuallam.














p/s:Dah,dah , jangan tanya apasal botak? tanya apasal botak?- sensitip

Read More

Monday, November 29, 2010

Final Autumn

14 comments




"Lawa anak sedara Temah tu kan...."
"Mana?..oo. yang dia tengah dukung tu ke, kepala otak ko, tu anak tu dialah, bulan 7 dapat sorang lagi"
"Iyeke..?? asal aku tak tau ,dem..Hahaha, kurang sorang classmate kita yang avaiable.Btw, sape laki dia, takkan Chot kot.."
"Haha..mestilah bukan. Laki dia junior ko gak, jambu ko, Faiz, ..."
"Adik ko? hahaha,adoi. Dah tu abang dia sekor ni  ape citer..Adik dah nak masuk dua dah ni"
"Aku? ...Aku Thaipusam tahun depan kot.Raya Haji hari tu dah tunang dah.."
"wow..boleh tahu,sapekah gadis itu.."
"Tu haa ,sebelah Temah, Telah, adik si Temah.."
"Senang raya korang nanti kan, naik satu keter je.."

Bersilang-silang macam crossword puzzle ....









p/s:Peoples keep talking how to,when to, why to,..arguing when others get in line to proceed another chapter -That's how Relatives Theory works.



Read More

Wednesday, November 24, 2010

Perkara yang kalau takde , takkan dipanggil Majlis Hari Raya

31 comments

  rembat sini




   Oleh kerana sambutan raya aidilfitri pun delay dekat 2 bulan, maka entri pasal raya pun delay gak 2 hari.Harap maaf dan maklum.Ni antara open house wajib dan no. 2 terbesar kat Jepun selepas Duta Tokyo..kot.Just kat sini kajian ringkas pasal student life kat sini, yang mana perkara wajib yng wajib ada setiapkali majlis raya berlansung.


Satey
Anak tokey murtabak dah balek, maka tiadalah muratabak. Jaguh Mee Bandung da balik, maka tiadalah mee bandung. Pakar Air sirap bandung pun dah balik , maka air kotaklah sebagai ganti.Tapi ,tak kirala anak tokeyke, otaike, hapeke, sate ade tetap ade.Resepi bantai.Janji ade. Takde tak raya la.Setuju?


Ucapan Raya
..yang biasanya takde kaitan dengan hari raya. Almaklumlah, jarak dari malaysia kan jauh,maka ambil masa skit nak tau bila raya.So, sedikit sebanyak menganggu tumpuan nak sambut raya secara sirius.


 " Asslamualaikum, saya Hamdan, baru 4 tahun datang sini, taun depan sambung lagi. Kat sini saya buat persediaan nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap hobi saya memancing nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap merah warna kegemaran saya  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap   nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap
 ngap nguk ngap . Sekian itu sajalah, selamat hari raya~


Diselang-selikan dengan bunyi efek angin dalam perut.




Zarina
Apahal pulak minah  ni bleyh list nih?.Okla, at least untuk 2 tahun mendatang ni , Zarina adalah sebagai indikator tetap yang menunjukkan majlis yang korang datang tu , majlis hari raya. Gadis ini dibawakan khas dari Toyama, khusus buat penyeri majlis dan penghabis puding. Ahaks sorila Beng, aku memang suka menjolok sarang tebuan.Btw,Toyama- Nagoya tu agak jauh,sama jauh macam Melaka nak gi Dungun , naik Sani Ekspress kul 12 tengah malam.


bukti nasi habis




Sesi Fotografi
Okeh, mula-mula tangkap  beramai-ramai, pastu ikut universiti, pastu ikut batch, kemudian ikut fakulti, disusuli dengan sekolah lama, and then ikut negeri, rumah, blok kediaman,warna baju, jenama kasut, sape yang pakai spek,.........last skali ikut warna kulit.




Vidiyo
 Macam tahun-tahun yang lepas, video dan raya bagaikan aur dengan tebing.Masing melengkapi antara satu sama lain.So, tahun ni, biro komunikasi , di bawah unit kesenian, kebudayaan dan perpaduan sekali lagi ditugaskan untuk , mengambil dan meng-endid video.Hasilnya macam kat bawah;



OPen House @ Nagoya from synthiO_ra on Vimeo.






Tahun depan kalau takde vidiyo, takkan diiktiraf majlis raya. Kamon la oii, kamera dah mahal dah.

Bagaimana pula dengan hari raya anda?,  adakah raya anda jug....ah nanti-nantilah sambung, dah lambat ni,


Sekian_saya melaporkan dari sini, ciao.











p/s:sehingga berjumpa lagi raya tahun depan.(Maaf,lagu tu ade explicit skit,pura-pura tak dengar yer)

Read More

Friday, November 19, 2010

Winter Vacation

8 comments







                    ....//....................................................................................................................................................................................(credit to houjusaram)


     This is “The Safest Wall” -The thing that i would never forget about Seoul except the dishes. Located near at Namsan Tower (Seoul TV Tower) .Young couples show their love for each other by locking a pair of padlocks to this fence, and throwing the keys over the edge. By throwing away the keys, they are showing their undying commitment to each other. And if you are out there, I promise I will take you to this place. I hope you exist. I’m waiting.











.....


If not I will






















do this to other's..


NGAHAHAHAHA...











p/s:Apabila kamu kata kamu mahu keluar mengembara, kamu dah beritahu diri kamu yang kamu bertekad mahu mencari cinta yang sejati. Maka kamu berhabisan berhari, berbulan, malah bertahun-tahun lamanya di perantauan, merentangi ombak laut gunung yang tak bersempadan. Sampai satu masa , kamu penat, lelah kerana cinta yang dicari tiada di mana-manapun.Kemudian kamu pulang hampa.Oh...cinta yang kamu cari rupanya ada di tempat asal kamu, dan kamu akan menghargai 1001 kali lebih jika kamu tidak keluar mengembara tadi-itulah sejati cinta yang kamu cari
. Datanglah kemari, keratlah jari-jari aku kalau kamu tak percaya.

Read More

Thursday, November 11, 2010

Sejauh Mana Matlamat Hidup Memainkan Peranan

16 comments

  PERHATIAN SERIUS:Sila sediakan sekotak tisu kerana bacaan berikut bakal menyentuh hati kamu.



 Masa tadika dulu, aku dipaksa masuk dalam pertandingan pakaian beragam.Aku tanya bonda , pakaian beragam jadah apa?.Tapi bonda tanya aku balik , dah besar esok nak jadi apa?. Tanpa ragu aku jawab polis. Sebab ape?, sebab masa kecik kan nakal subhanAllah, Jadi bonda selalu gunakan subjek polis , siren polis, kete-kete polis dan seumpamanya ,untuk takut-takut aku, supaya jadik budak baik.

"Haaa polis , tangkap budak ni, tangkap budak ni , nakal sangat tangkap dia ni mehh!!"

So, bila dah jadi polis, takdelah boleh bonda nak acan-acan aku cmtu lagi, dah sama geng ngan polis kan.

Maka pakaian beragam aku, selaras dengan standet polis ketika itu ,seluar khakis, baju biru laut china selatan, dengan topi polis.


Depan aku ade sorang budak pompuan yang cute. Dia pakai ala hula-hula Hawai, dengan bunga-bunga plastik kat kepala, tangan, dan yang paling besar lilit kat leher, menyerkup sebahagian badan dia.





 Seingat aku budak ni agak clumsy, then bila tiba turn dia naik pentas, kaki tersadung dan terjatuh. Cepat-cepat dia bangkit, betul-betulkan rambu-ramba dia , dan jalan macam biasa.


 Bila turn aku, baru perasan. Ropol-ropol bunga yang sangkut kat leher , terkaleh abeh ke belakang.Budak pompuan tu pulak hepi-hepi, macam takde apa bende yang beasr berlaku kat dia. Yelah, budak pun lagik kan .Itulah first time aku nampak gurls yang sebaya dan tak berbaju secara langsung, dan kali terakhir yang aku tak suchi--mu.
Korang bile dah ada  anak nanti, berpada-padala dalam mendera , kesian budak tu. 20 tahun akan datang bile adik2 nk pedajal akak dia, upload kat FB iQ(beta version tahun 2032), abes satu kolej akak dia tengok gamba dia masa kecik2. Boleh mentel gak  , lagi-lagi bila ada orang komen lebih kurang camni;


" patutla.. dari kecik lagi da papan.."

 Tak mentel ke?






Pemenangnya ialah cik Batman. Bonda cakap aku dapat no.2 , sebab contest tu cuma no.1 je yang dapat hadiah.Dan setiapkali aku masuk acara lumbalari dalam guni ke hape ke, bonda akan cakap aku dapat no.2. tak dapat hadiah sebab hadiah cuma yang no.1 je . Thanks mom, i knew you did'nt meant to do that.

Jadi seorang Batman juga agak kewl, apatah lagi memang cita-cita setiap budak laki  nak jadi hero, sang penyelamat dunia bila dia besar nanti. Tapi aku refuse, sebab masa tu aku tak reti bawak keter. Kalau naik keter polis, boleh gak suruh kawan yang bawakkan.

 Itulah cita-cita  aku sampai darjah. 3. Masa tu che`gu kelas , pompuan. Korang paham jelah , che`gu pompuan ni cammane, memekik-mekik, pitching tinggi, keje belambak, dan tak pernahnya lawak. Sampailah satu hari bila che`gu  tu bagi ucapan kat perhimpunan,

"Saya nak jadi cikgu sebab saya mahu  mendidik anak bangsa  saya sendiri...!"

Tergamam aku.Barangkali kalau kamu dengar mana-mana pun kawan cikgu kamu cakap macam ni, mungkin kamu akan gelak sinis.(kihkihkih). Kalau orang tua kat kampung dengar , mungkin kagum la skit. Mahu cakap kat abang-abang kamu? nak mampus?..
Tapi untuk budak-budak , yang dunianya hanya main lastik, lempar kasut, dan rembat rambutan jiran dalam seharian hidup, dengar perkataan yang 'ambitious' sebigini pasti saja merubah persepsi hidup dia untuk masa depan. Tak caya , cube try tanya anak sedara kamu yang sedang menonton Ultraman Kosmos tu, tanya dia, nak bawak tak kapal terbang tu.
"jadi ultraman la, boleh terbang sendrik, ..bila besar boleh pijak pakcik balik"-ahh, sudah, apasal kamu tanya?

    Start dari hari tu aku set , satu hari nanti aku nak jadi cikgu, yang boleh didik anak bangsa sendrik.Dah ada cita-cita , jadi kenala peratikan gelagat cikgu iye dok?.Oh, rupanya aku belajar something , nak jadi cikgu kena berani buat salah.Pagi itu , cikgu tak masuk kelas, rupa-rupanya, cikgu tu termasuk-terajar kelas sebelah.Dengan muka yakin, cikgu tu explain balik. nak berjaya kena berani gagal.


Wow!!Kagum sekali lagi.

..............

    Perkataan Jurutera buat 1st time dengar masa darjah 6. Itu pun sebab jiran sebelah taman perumahan yang kat sebelah sana keje jurutera JKR buat bagunan sekolah.Err..belum sampai 40 bijik rumah kire jiran lagi la kan?..Dia ni best friend forever ayahanda, so selalu pergi rumah dia.
    Rumah dia uols nak tau, besau-sebesau nye. Ruang tamu tu boleh main futsal la yuno.Dia tak pakai merc, tapi pakai Rusa, dua bijik .Lama gak aku fikir ,asal pakai Rusa; patutlah, rupanya anak ada sampai 11 orang. Nak pergi piknik memana , senang, takde yang kena jaga rumah. Jangan tanya  aku apasal tak angkut bas terus, beli Rusa pun dah abes misteri untuk aku telan.
Kesimpulannya , jadi jurutera itu kewl, duit banyak, rumah besar , anak ramai, dan boleh beli Rusa  2 bijik. Dah dapat syurga dunia dan bahagia sampai hujung nyawa.
Orait,set- Jurutera!!

 Tapi,  langit tak selalunya cerah Bonda bukannya anak mat salleh yang boleh dibawak speaking kat rumah. Maka aku miss nak masuk smkasas- satu2nya sekolah paling power dalam dunia yang aku tau masa tuh.Sebagai ganti , aku masuk sekolah yang asramanya tempat cipan-cipan bertepuk tampar suatu ketika dahulu.
 Masuk asrama kecil boleh tahan bestnya.Aspura ada 2 dorm, 1dorm ade 20 orang, maka kesemua ada 45 orang, eh apahal lak nih? .... oo ade bilik kecik seblah bilik air jugak boleh sumbat lagi 5 orang.Aspuri tak sure lak, sebab tak dan nak tanya senior yang pernah inspect masuk aspuri memalam, sebab pagi esoknya dia dah blah.
  Duduk situ, campur form 1 sampai form 5,belajar bermasyarakat tanpa kenal beza umur..So, tiada isu abang-berabang , melainkan angkat mengangkat dikalangan penghuni aspura dengan aspuri..Siap buat sibling's thread lagi tuh, jangan wat gile.
  Then, Alhamdullilah , pindah lagi ke tempat yang bukan main hujung bumi.Air paip asrama tu kandungan kalsium dia sangat tinggi. Kalau minum secara konsisten 8 gelas sehari, cukup satu sem , berak keluar kapur tulis, kalau cirit keluar kapur kasut.Berbeza ngan asrama dulu, asrama ni penghuninya ramai, tapi ada 2 form saja sebabkan sekolah tu nak consetrate kan SPM saja.Pun begitu hubungan tak bape kamceng sangat, nak berangkat-angkat takde harapanla..Kat situ kalau berselisih dengan budak form5 nak pergi dewan makan ke, nak ke surau bersolat jemaah ke , wajib kena tegur macam nih;

" Assalamualaikum Abang Remi yang baik hati dan jujur.."

WHAT THE ??

Bayangkanlah tiap kali  nak gi prep tak bebuih mulut.
Ok, fine, bagi  salam memang bagus,merapatkan ukhuwwah dan dapat pahala lagi, tapi kalu perangai sekor-sekor dah macam iblis pulang petang, celah mana yang baik hatinye..hahaha..


dirembat dari super2 senior ,Abang Emran yang kacak,lagi berbudi pekerti



Sekali lagi , disebabkan bonda bukan anak orang putih, maka cita-cita aku nak pergi negeri mat salleh tampak samar.Bukannya apa, time tu aku nak sangat naik kapal terbang. Sebab tu aku tak teragak-agak bila isi borang apply matriks , aku pilih Matriks Labuan line pertama, line kedua pun aku kick-in Labuan, line ketiga baru isi Gopeng  . Yang dapat , Gambang, demn tak masuk list langsung..Sudahnya aku pun keluar pergi ....

....


Tup, tup terus ada kat sini, Nagoya Darul Taqwa- benda yang dalam mimpi tak pernah wujud, apatah lagi dalam matlamat hidup yang nak sangat jadi jurutera ni .

....






Jadi , penting sangat ke matlamat hidup ni?.Pakcik makcik sikit punya bangga kalau anak mereka seorang jurutera ,  megah bila ada anak seorang doktor, lawyer? pensyarah?Pernah juga kakak-kakak aku paksa suruh jadi pereka fesyen. Nak ubah tradisi pujuk mereka. Back to 10 years before, kalau kamu perasan, kebanyakan pereka fesyen semuanya aw-aw belaka.Jadi mind-set aku kata,laki lembut sahaja yang boleh jadi pereka fesyen dan menganggap kakak-kakak aku ini sedang menganjing aku.
   Tapi lepas tengok interview kat TV 2-3 tahun lepas,Jimmy Choo ni sendri taklah selembut mana, even selembut-lembut Chef Wan dulu pun graduan accounting ,dan pernah jadik akauntan sekejap.Sekeras-keras umat manusia yang pergi Germany itu pun, balik-balik jadi penyanyi, macam Hazami. Pendek kata dengan dunia yang sesempit camni pun orang  dah boleh turn 180 darjah.. Itu yang dah ada matlamat ,kalau takde, jawapannya perut terburai-burai di tengah jalan sambil mengharap simpati orang ramai, tapi takde sape nak tolong sebab nasib le sape suh jadi mat rempit .


Matlamat hidup? atau matlamat dalam hidup ?.
Kalau ditanya tentang peranan ,jujurnya aku akan jawap ntah, siapalah aku yang rendah ni nak bercerita tentang benda-benda camni, lagi pun hari esok pun kita tak tahu pucuk pangkal hidup ni cammane.

TAPI

At least, bila dah set matlamat , setiap yang berlaku kita boleh ingat setiap detail demi detail yang jadik dalam hidup kemudian kaitkan satu citer dengan citer yang lain, top-up sikit2 dan boleh dijadikan bahan bercerita, modal berblog macam entri ni- Peranan utama matlamat hidup yang aku jumpa setakat ini.
Heh,Kalau tak, takde lah kamu payah-payah nak baca sampai ke tulisan warna merah ini kan?


.....
.........
................



Itulah serba-sedikit riwayat hidup aku setakat ini.Jangan risau, aku takkan tunggu 20 tahun lagi untuk nak tulis benda yang macam ni. Menulis blog ni pun tak pernah ada dalam mana-mana matlamat hidup, sebabnya aku suka menulis,dan aku menulis kerana aku suka bila ada korang yang sudi membaca .
Terharu bukan.

Okeh, sekarang bolehlah ambil sekotak tisu tadi, keluarkan semua isi dalam, talakan mulut ke lubang, dengan kiraan 1...,2.. uwwekkkk, .3...uwekkkk..













p/s:genap tahun depan dibulan ni , hari ni  , jam ni , minit ni,  dan saat ni, perkara ajaib bakal berlaku..Btw, sok pagi nak gi Osu, nak beli gadjet yang boleh tukarkan suara jadi huruf sebijik-sebijik.Malas pulak nak taip panjang-panjang nih.hoH.  Ade sape-sape yang nak kirim?

Read More

Friday, November 5, 2010

Kekurangan Menjadi Anak Bongsu

43 comments


HMMMMmm??.....



Tau-tau..

 Walaupun ramai orang yang nak jadi anak bongsu , bukan semua yang berkaitan bongsu itu indah belaka.Korang takkan tau betapa bahagianya bila ada orang panggil abang .Ha ah korang takkan rasa sebab korang bukan anak bongsu. Pengalaman aku menjadi anak bongsu selama suku abad, rupanya banyak benda yang tak best tentang anak last nih..Bawah ni aku pointkan 5 (je) ,benda yang tak best tentang anak bongsu ni.


1.Tiada dahi untuk disekeh
Masa kecik ,aku jeles tul ngan member aku , merangkap jiran sebelah rumah ini. Biasanya kalau nak pergi mancing ke, pasang jerat burung wak-wak ke, nak main polis sentri ke, mesti adik dia melorot-lorot nak ikut sama.Tak bawak kang, nangis, repot kat mak, leceh plak. Ye tak ye , bawak je la skali. Kalau nak nyeberang longkang, menangis-nangis mintak nak tolong sebab sendrik lompat tak lepas. Abang ni pun baikla hati, tolong jugak la adik dia, tapi "orang kata jangan ikut, yang ngengada ikut pasal apa!!?"..sambil menyekeh dahi adik .(klekuk!: efek bunyi sekehan).,,Apa punya abang daa..Tapi puas beb dapat sekeh dahi adik sendrik. Haish..ringan je tangan ni ngenangkan tu adik orang je..



2.Bukan Idola
Berapa ramai kat sini yang menjadikan abang dia sebagai idola hidup? Yang jadikan kakak dia yang study kat Jordan tu sebagai role-model untuk berjaya?. Cabut bulu kening kalau cakap takde.
Tapi pernah  dengar tak abang jadikan adik bongsu sebagai idola? takde kan. At least bukan adik bongsu, sebab......... bongsu kot, berhingus lagi.Nak sembang lebat pun tak tau kat sape.







3.Kerap Kene Bebel
Cubalah try cakap," saya ingat saya nak pindah US la."
Takyah mintak, adela yang kasi pendapat tu kang, Yang mengkondem boleh tahan ramai. Yang paling banyak membebel , itu ha ,yang sulung tu. Macam-macam dia bantai , degil la, suka wat hal sendiri la, tak pentingkan keluarga la, buang mak la, anak derhaka la.Siap sedia la ,sampai 7  keturunan  kene curse ngan family.Then, bila cakap balik; " Ulu Selangor je lah..kihkihkih"

.....


Tu pun still kene bebel lagi," , tu laa dulu tanak belajar pandai-pandai,orang suruh pergi sekolah ko pergi rembat tebu kebun Pak Abu , mana ada Ulu Selangor,  Hulu Selangor adala!! ,bongok,  bangang, tolol ,bla bla bla bla bla..bodoh piang!"

arghht!!





4.Mudah Hanyut Ke Lembah Kebinasaan
Walaupun selalu kena bebel, bongsu selalunya orang paling kurang terkesan dengan bebanan yang keluarga tanggung..Lagi-lagi bila masing-masing sudah ada haluan sendiri,  so, dia bebas nak buat apa sebab tak payah risau ,takde adik yang nak ikut jejak dia. Bila komitmen dah takde ni la, hidup dah umpama layang-layang terputus tali..



5.Lonely
Sindrom biasa yang dihadapi oleh anak-anak bongsu sedunia, ialah Over-speed Pre-Mature , ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata bongsu lagi cepat matang kerana dapat observe sendiri  pengalaman abang-abang ngan kakak-kakak dia ketika membesar. Disebabkan cepat matang inilah , menjadikan dia seorang yang berdikari, dan mahu bebas dari keluarga seawal yang mungkin.Tak pasti kenapa dia suka buat hal sorang-sorang,Nak buktikan kat semuorang yang dia pun dapat ape yang lain dapat dengan tanpa bantuan, maybe?
Mula-mula bongsu akan ditinggalkan kat rumah ,  bila semua orang gi skolah situ sini, termasuk yang masuk asrama, maka dia mudah terasa lonely
    .Kemudian, bila dah besar skit, dia tak mahu dilabelkan sebagai anak manja ke, anak kesayangan papa ke.maka semua keputusan dia akan wat sendiri Memandangkan tanggungjawab kat keluarga pun dah kurang, , lantas menjadikan dia seorang yang paling independent dalam keluarga.
  Then, bila semuorang dah kahwin, maka hubungan dah makin jauh dengan abang-abang ngan kakak-kakak yang lain.Tatkala masing-masing riuh satu keter pulang beraya, dia drive sorang-sorang tengah malam, sayu.
Akibatnya, dia menjadi seorang yang sangat  sinonim dengan lonely.Jadi jangan hairan kenapa anak bongsu belum berpunya sampai berjanggut, barangkali, dia mahu yang setaraf atau mungkin lebih dari apa yang abang-abang dan kakak -kakak dia ada sekarang.


..............................


Okeh.,. Kot ada sape-sape nak tambah, sile-sile kanlah kat bawah ni. Nak membebel ke hape ke, boleh-boleh, dah lali dah dengar orang membebel,hah..Nak turun jap, nak pi beli susu , tulang-tulang dah makin reput ni. Balik kang aku baca noo..






p/s: Dedicate this to my beloved younger brother,Mohd Shafiq, who gone before he knew he was born, Al-fatihah~

Read More

Thursday, November 4, 2010

Kelebihan Seorang Anak Bongsu

48 comments

"BUDAK MANJA!!   
         menyampah 
LEMAK LA KO NI               
        Gedik
MENGADA-NGADA                
 Getik aku
      Nak Bagitau Mak La Tu!!
              Ko mesti nak lebih kan

                                      
                                                                                                   "          


  Ni adalah ayat-ayat biasa dan biasanya diterima oleh para anak-anak bongsu sekalian, menunjukkan betapa tak puas hatinya para abang-abang dan kakak kakak sekalian terhadap adik bongsu diorang yang sorang tu.(in case kalau bukan anak kembar).Biasalah, kecik-kecik mana mumayyiz lagi.Bongsu memang selalu jadi sasaran abang dan kakak lepas geram derang .












Untuk para anak bongsu di luar sana , jangan rasa down sangat. Meh sini aku share something yang buatkan korang berasa betapa bahagianya hidup sebagai orang yang paling muda dalam keluarga!




1.Baju Senantiasa BARU
Bukan takat  baju je, beg, kasut, songkok, sumer barulah senang citer. Kalau adik beradik sumer laki, dari yang sulong, ke no. 2,  dari no.2 turun ke no.3 , biasanya akan pakai barang yang sama dan serupa sepanjang zaman. Tapi bila sampai yang bongsu je , tiba-tiba bertukar menjadi baru , eh? magic betul!


2.Besday party tak pernah miss.
Dan tiapkali itulah pasti akan dapat hadiah yang best-best. Macam buku cerita , muqaddam, buku sifir, buku mari mewarna , best kot ada kaler2..
Ok-ok, aku hipokrit .Ayahanda ni seorang yang berjiwa muda. Dulu gamaknya dia  geram nak main keter control , so dia belikanla kat aku sebijik. Teringin gak sebenarnya tapi bonda selalu larang aku dari mintak bukan-bukan ,apatah lagi yang mahal, jadi tak jadi mintak, kalau mintak sure dapatnye. Tapi  ayahanda kasi gak time besday , uishh, melonjak macam orang gila . Walaupun ayahanda cover baeeknya, dengan gunakan alasan hadiah besday aku untuk mengaburi mata bonda, tapi hepi tetap hepi. Kira win-win situation la ni.


3.Sentiasa Menang Dalam Pergelutan
Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula adik-beradik.Dari berebut nak tengok citer kat tv sampai ke meja makan, rebut ayam bahagian drumstick,  PASTI, dan sepasti-pastinya yang bongsu tu akan menang.Entahla.. aku pun tak sure pasal apa,agaknya memang bongsu ni dilahirkan untuk menjadi juara kot.


4.Sampai Paling Awal
Masa zaman kereta saga/wira dahulu kala, posisi antara dua seat depan memang menjadi idaman adik-beradik. Yang tengah tu, kat belakang hand-break ngan gear tangan . Bergaduh-gaduh la sepanjang jalan nak sampai Teluk Batik. Masuk keter abang biasanya dah mengepak kat tengah-tengah tu, macam burung rajawali. Haram tul, buleh-buleh tanak beralah. Last-last Bonda pun cakap kat bongsu ni;
"Dek , meh sini duk atas riba Bonda meh, duduk depan laagi cepat sampai..".
Sambil buat muka kerek kat kakak2 dan abang2, si Adek pun pantas ke riba.Tak dapat duk tengah pun takpe, janji sampai dulu. ..huh.


5.Kenduri Kahwin Paling Grand
Ihik , ihik , ihik... Kena plak korang anak bongsu yang jauuuuuuh  nun, memang lucky. Masa tu ekonomi keluarga dah lebih dari stabil. Parents dah tentunya merasakan kenduri anak last derang patut yang paling bermakna, sebelum.... sebelum... sebelum apa-apa yang patutla.Meraka akan berhabisan tanpa rasa berkira. Pastu plak , kak Chik sponsor skit, Angah tampung sini skit. Pelamin si Teh setelkan. Along? macam biasa akan wat nehi  je,tak amik port mende-mende remeh camni. Keje dia ,setelkan dewan hotel. Wahh....Kami tak pernah meminta, tapi rezeki jangan ditolak.


Amacam? kewl kan kami anak-anak bongsu.Hehe, rilek-rilek, ini hanya pandangan peribadi. Esok aku sambung tulis tentang betapa tak bestnya jadi anak bongsu ni.
ok_ciao













..

Read More
Related Posts with Thumbnails