Tuesday, January 25, 2011

GABAN

35 comments










Gaban tu gaban la kan. Tak pasal-pasal aku bertekak dengan anak sedara sebab  kasik dia gaban yang macam ni, tapi dia nak gaban macam atas ni .
 Hape anak dara main meinan orang jantan ni?.Mak dia la ni, salah asuhan ..haha










p/s: feel free to copy these on your status-> penat tahap gaban, seronok tahap gaban, bangga tahap gaban, busy tahap gaban, bengang tahap gaban, lapar tahap gaban , gile tahap gaban, menggelabah tahap gaban, paper susah tahap gaban, exam payah tahap gaban,,...ha ape lagi? (good luck sape yang akan exam )

Read More

Friday, January 21, 2011

Stesen Keretapi Paling Kerek Dalam Dunia

45 comments


Kerek tak kerek gak ahh, sampai berbalut-balut lengan bos aku ni ha.

     Dua minggu lepas, bos  masuk hospital. Bahu dia injured, sebab kene pukul , tak , sebab jatuh masa nak turun eskalator kat stesen Kami Otai ni. Beranduh la gak dalam seminggu. Dia jatuh sebab dia nak rushing masa nak naik eskalator tu, elok je kat ujung nak sampai , kaki dia tersadung lalu terjatuh.
Jenuh aku pikir, awat loklak sangat bos aku ni. Rasa malu nak panggil bos pun ada. Jatuh takat tu , takkan sampai pi hospital, cek x-ray 2-3 kali kot, kamon la boss.






   Tapi, mungkinkah lepas dia jatuh, hujung lengan baju dia tuh terselit kat gigi eskalator, pastu masa eskalator tu masuk dalam, tangan dia pun tersedut sekali. Start dari ujung jari, pastu tangan, pastu, pastu, dia pun menjerit " ARGGGHTTTT!! YADA YADA YADA", . Sebabkan cuak yang melampau  takut tersedut sekali ke dalam celah eskalator yang  macam mesin pengisar daging burger itu, dia pun tarik lengan dia sekuat hati, sampai terputus bahu.

Euyywh, ini final destination versi saw nih.


 Rupanya ini bukan kali pertama dia injured tempat yang sama. Masa main volleyball wakil kelas dlu, dia pernah terjatuh masa nak spike. Mungkin sebab geram bola tanggung, atau sebab time tu match point , dia pun melompat sekuat hati untuk menyepaik bola, tapi apekehal nyentah, dia pun landing dengan tahan tangan lalu patah la bahu. Sakit..Even , boss cakap yang baru ni lagi sakit dari first.Sebab tu lah dia beriya ulang-alik gi hospital. Teringat aku kat sakit Erwan dulu.  Masa kene demam campak ,walhal dah kene dah masa umur 10 tahun dulu.Dia pun cakap yang ni lagi pedih dari yang first.Tapi aku jatuh tingkap rumah arwah opah sampai lebam dahi, dah tak ingat kot cane sakit dia. Tu darjah 6 tu.Hahaha.Papepun, heh, sape kate demam campak dah sekali kene takkan kene lagi?

  Sambung citer keretapi, stesen chika Kami Otai adalah yang paling hujung dalam line Tsurumai, dan bukan lagi di bawah tanah. Sejenak yang terbenak dalam kepala otak, syaitan apakah yang merasuk dalam badan sampai sanggup nak pergi sejauh ni sorang-sorang? .


Pada suatu pagi,

"演秒杀~ 创贺岁档 ,全民...........  "
Pei-san, gadis genit China ni memujuk aku supaya membeli tiket dia.Tak mo la aih, selalu nak gi memana pun naik basikal je. Lagipun sejuk-sejuk camni , takde kejela nak jalan keluar.

"Mu dok pahe ko ambo ghoyak gapo? ambo nghoyak tok seyh, tk seyh laa.."
-membalas dengan nada yang tegas!



"列车员居然~~。。给战略发布*~~..... "- sambil membuat mata bulat bak kaca yang berkilau-kilauan ..





Yela ye la..

   Mengalah gak.
   Terpaksa la beli tiket ni..Pei-san ni sebenarnya dah terbeli tiket promosi 500 yen sempena New Year arituh. Sebak pulak aku dengo, bile die cakap die kene baris awal pagi, sebab nak  tiket ni sangat terhad, dan limit 4 keping sorng. Tapi entah kenapa, semalamnya dia dapat call dari negara dia,  kena panggil suh balik untuk entrance exam , a part of her job application as govermant servant kat China. Gile apa, lusa nak exam , hari ni baru tepon. Kalau aku  , takpelah encik, tahun depan je la ye encik.
   But not that easy for her. Graduan Law macam dia memang paling sesuai keje ngan kerajaan ,kalau tak mampu bukak firm sendrik, dan dia dah apply sejak dia graduate dua tahun lepas. Sebab nak cari alternative lain, dia pun belajar Japanese setahun, pastu sambung master kat Uni.Nagoya, dengan harapan dapat carik lubang baru kat Jepun lak.

Luas nganga, tutup mulut , masuk lalat kang..

Tang ni, tetibe aku rase bersyukur. Selain dilahirkan sebagai Muslim, aku bertuah sebab dilahirkan sebagai orang  Malaysia, Alhamdullillah.Walaupun dah potong Jepun  , kuasa ekonomi no.2 dunia,China sebenarnya sekarang negara paling tinggi kadar penggangurannya. Bukan takde kerja, tapi degree yang belia dan beliawanis sana dapat tak setaraf dengan keje ngan gaji yang derang terima.Ambik Law, kerja tampal stem, apahal?. Banyak lagi nak citer, tapi simpan-simpan dulu la ye, nanti abes modal lak.

Lagi satu , toksahlah di-google cakap cina tuh, takde maksud pun.

 Tiket satu hari ni kalau kat Key Ell , umpama bayar 5ringgit tapi boleh naik RapidKL pusing satu Lembah Klang dalam masa satu hari.



So, puas lah aku berjalan satu Nagoya Darul Taqwa ni.
Terimalah ole-ole, hasil rayapan tak tentu hala  kat bawah ni,



Tsurumai Line @ Nagoya from synthiO_ra on Vimeo.

Boringkan?
Nak wat camne,inilah dia, realiti hidup memang camni.. Bangun pagi je, mesti nak mandi, ngadap cermin mesti nampak muka  sama, wat bende yang sama.Gosok gigi yang sama, jumpa orang yang sama.. Hidup ini memang boring. Maksud aku, hidup korangla,  hidup aku ok je lagi, sebab kadang-kadang aku nampak Farid Kamil,
   kat dalam cermin.. ...hora!
                          






_cioau





p/s: London= tube, New York=subway,  Moscow=metro, ..Nagoya=chika,....KL?=kebanah(keretapi bawah tanah) ,perhaps..

Read More

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa wanita patut menyesal jika menolak lamaran seorang Jurutera

88 comments

::versi bahasa pasar malam::


#1.Stail-Hidup; Simple

    Lately aku perati, member-member aku ni yang keje engineering ni selamber derk je pakai jeans.Pakai jeans ni memang cool. Budak nerd pakai jeans nampak cool, apatah lagi orang beser2 ni. Keluar keje, kalau tak jeans+kemeja, mesti jeans+t-shirt berkolar, tak pun seluar khakis atau ...apa-apa saja asalkan bukan seluar slack..Pakaian  eksekutif ni pun pakai bila waktu meeting , jumpa client, CEO, ngan dinner.  Jika ini standart jurutera2 kat Malaysia, ini satu berita baik buat bakal2 isteri jurutera.Kurang sudah satu keje. Tak perlu susah-susah bangun pagi, seterika seluar.bagai.Waktu di pejabat kadang-kadang jurutera pun sebat pakai jeans jugak, jeans hitam, straight-cut..

Kiwikan kasut? tak perlu -tak perlu, sebab derang cuma sarung timberland je, tak pun camel active.




#2. Dedikasi+Komited

    Seorang jurutera pasti saja menghabiskan segala usaha , tenaga, masa, mahupun perahan otak, untuk memahami suatu sistem yang kompleks, dan pastinya komited dalam setiap projek yang dipertanggungjawabkan.Katakanlah dalam suatu slump-test, seorang jurutera awam sedaya-upaya memastikan nisbah paling ideal untuk agregate ,pasir, simen, admixture dan air supaya konkrit terhasil optimun dan sesuai untuk binaan dan keadaan.
    Begitu juga dalam memenangi hati wanita,mereka sedaya-upaya mencari nisbah supaya sekurang-kurang korang sayang kepada mereka.10kuntum Ros + 1Beg Gucci + 5 hari Snorkeling kat Tioman + 1 Set dinner kat Hyat Regency + 2 Dendangan Lagu Anuar Zain sendiri (Lelaki ini &Ketulusan Hati) = senyuman/(sebulan x semalam);
    Maka itulah yang jurutera itu akan buat berulang2 kali, lagi , lagi dan lagi .

    Sampailah isterinya tu bosan, maka sekali lagi dia akan mencari nisbah-nisbah, serta teori- teori yang tak masuk akal, semata-mata untuk tawan cinta isterinya itu semula. Hati wanita memang komplikated, tapi itu lah cabaran., dan jurutera memang sukakan cabaran.









#3. Tak Pandai Menipu

   Dalam kilang TV Plasma misalnya, katakalah ada satu batch tv yang takleh on. Cek-cek sumer ok. Ye tak ye , satu production kene recall balik.Rupa-rupanya, power-suply problem.Of course,management akan spot-check kat power- supply department, dan orang akan ditanya ,jurutera bahagian tu
  .Dah nama manusia , sememangnyalah tak boleh lari dari kesilapan.  But the way they approached to the truth is based on the fact depan biji mata,...and it happens sudden!! . Jadinya, ini membuatkan jurutera memang tak terlatih untuk menipu dan putar belit alam. .Kalau dia menipu gak, nampak sangat dia menipu, sebab hati dia tak tenteram.





#4.Bijak Melepaskan Tekanan

Dan ia bukannya pada orang.
   Bajetla,kerja ape takde tekanan. Kerja Jaga pun tension tau.Tapi engineer biasanya akan mencari objek yang setanding dengan tekanan yang dihadapi.Sebagai contoh, yang keje kat kilang, dipicit-picitnya main suis kat power generator .Yang kat off-shore, ditumbuk-tumbuk boiler ngan batang paip kaki gajah,Yang kat tapak pembinaan, diterajangnya mesin pembancuh simen,..takpun ditempeleng mat-mat indon tu sorang-sorang.
   Maka selamatlah anda,si isteri dia nanti kat rumah, dari kene tempias tekanan dia, bahkan anda takkan perasan dia tengah tensen, sebab lebih separuh daripadanya sudah pun tertinggal kat tempat kerja.

Mat indon orang la kan?..hehehe





#5.Rupa

Practically handsome, tapi dia tak perasan yang dia tu sebenarnya handsome..

Ini penting bagi wanita yang kuat cemburu .
Jurutera tahu hensem seorang lelaki itu bukan terletak pada rupa paras .Sebab itu lah jika ada gadis-gadis luar sana yang merenyam yang tackle dia , biasenya akan puji ;" Awak ni bukan takat hensem, tapi baik hati, gentleman...." ,. Tak termakan derr puji-pujian camtu, walaupun yang puji tu gadis kacukan kucing macam Nora Danish.
Selamatlah lagi anda.

Tapi kalau anda pulak yang nak puji, cmne pulak ye?

Puji apa yang dia buat, hasil kerja tangan dia. Lagi2 yang 1st timer .Contohnye macam ni;
"Walaupun  pakai dua perencah, nasi goreng awak ni asli betullah, satu lidah rasa,kemas je tak berketul-ketul, Ayam, sayur, ikan bilis, tak lebih tak kurang, sekali suap, rasa semua. Cume pedas skit dari yang  restoran Rasa Sayang kt simpang tu punye,yang lain ok dah "- detail and precise.
Selit-selit kutuk takpe, nampak sikit kejujuran dalam kepujian.hoh.





Okay, 5 je dulu. Ni karang ada yang tak puas hati ni. Takpe-takpe, meh kita bertepuk tampar kat bawah ni ...chill aje.








p/s; pembela kaum pendidik pula ,.(sini)

Read More

Saturday, January 1, 2011

Pagi Ini

14 comments





















Cuma 2 perkara je yang nak ingat tentang 2010

1. Malaysia menang AFF Cup for the first time
2. Besday jatuh time Maal-Hijrah (the thing that  happened a time in 365 years) , so , tak teruja langsung nak celebrate New Year malam tadi


And the rest, i leaved on this blog , as a reminder,  for you to read and for me to keep.


akeome kotoyoro







p/s: ade bulu halus kat monitor korang,kt gambar belah langit,.. cepat sapu

Read More
Related Posts with Thumbnails