Friday, February 5, 2016

DASAR PANDANG KE TIMUR DAN AKU ::#siri-2

15 comments





sumber inspirasi zaman jahiliah  *aitakatta..aitakata..aitakatta..yeay*


Untuk sambung belajar ke Jepun lepas SPM ni ,ada beberapa saluran yang mainstream setakat harini. Antaranya:
  • AAJ
  • PPKTJ
  • JAD
  • Pusat Bahasa Teikyo
  • MJII




 AmbangAsuhanJepun (AAJ) -2thn persediaan , 4 thn degree
  • Ni cuma cream of the cream sahaja yang boleh masuk.Yang archive masa SPM sahaja.Semua expense termasuk yuran, duit buku,seluar dalam , alat tulis, kolej kediaman,  even elaun ,RM350/m semua ditanggung JPA. Kursus persediaan 2 tahun .
  • Tahun pertama belajar ikut silibus matrikulasi + bahasa Jepun asas.Tahun kedua, apa yang budak sekolah menengah Jepun sana belajar ->compress diaja rdalam masa setahun, hammik!!. Baik tahun satu atau tahun kedua ,klass tetap start kul 8 pagi , rehat kul 1-2, sambung balik sampai muntah pukul 6!. Tapi berbaloi, sebab bila sampai Jepun budak2 AAJ ni macam anak manja JPA/duta ,
  • Universiti yang ditawarkan semua university kerajaan yang top-top belaka, yang budak2 Jepun sendrik pun payah nak masuk.

Kenangan Yamamoto Sensei





 Persediaan Pengajian Kolej TeknikalJepun (PPKTJ)-1tahun persediaan , 3 tahun diploma, 2 tahun degree
  • Ni belajar kat INTEKMA , Shah Alam. Setahun sahaja, buat kursus bahasa saja .Sapa yang tak dapat AAJ ,boleh masuk kut sini.Ni JPA sponsor. Student kurang bernasib baik akan dioffer buat Diploma.Yang mana diorang akan dimasukkan mmana-mana kolej vokasional Jepun. 
  • Yang paling best asrama pun share skali dengan budak2 Jepun.Jadi tak hairanlah penguasaan bahasa dan survivalitybudak PPKTJ jauhl ebih baik berbanding anak manja,sibudak AAJ, 
  • Tak ramai budak melayu perg ike satu2 buah kolej, habis ramai pun 3 orang. Selepas selesai 2 tahun diploma, derang akan pergi merata-rata Jepun ambik entrance exam untuk smbung 2 tahun lagi untuk degree.Kolej vokasional  under Kerajaan Jepun dan biasanya terletak kat ceruk2 mana ntah, nasibla korang.



Japanese Associate Degree
  • Ni under MARA. Ada dua pusat pengajian ,satu kat UNITEN untuk 3 bulan persediaan bahasa sahaja, kemudian sambung ke diploma Jepun  kat UNISEL. Program dia macam PPKTJ gak, tapi 3 tahun diploma dia ,buat kat Unisel/Uniten. Belajar macam budak PPKTJ gak belajar ,tapi lepas abis kelas bahasa Jepun, ko akan kuar cakap Jepun sama-sama ngan member melayu kau.Kerat jarilah aku cmni!! .
  •  Ni program paling tak tough dan ok ok la berbanding PPKTJ dan AAJ. Lepas abis diploma ,ko dihantar gi Jepun masuk university swasta, dengan carried mark yang dibawak dari Malaysia. Sebab tu aku tak heran budak Malaysia boleh jadi top student kat sana, sebab dia dah score gila2 masa wat diploma katsini,Untung oi, top student je yang leh naik pentas amik sijil, member korang blaja U kat Mesia kemain siap berselfie lagi dengan Naib Canselor yerk..Penguasaan bahasa Jepun pun just ok-ok saja.
  • Survivality kureng berbanding budak AAJ,  dengan PPKTJ apatah lagi .Sebab utama tempoh pengajian di Jepun yang singkat, selain duduk U Bandar dengan sekelepuk geng-geng melayu kat sana. Sikit sangat yang amik inisiatif nak campur ngan budak Jepun. 
  • Pengarah MARA claim kat atas pentas, kalau kata dalam banyak2 program ke Jepun, program dia ini paling berjaya sebab tak ada budak repeat, tolong tepukkan dahi dia untuk, tensen aku dengan puak-puak ni.


 Pusat Bahasa Teikyo
  • Ni dekat KL-Japan Club, dekat2 dengan Mid Valley.Ni private.Kalu tak bernasib baik nak masuk AAJ,PPKTJ or JAD, boleh masuk private, Yuran pun tkdelah dahsyat sangat , sebab sebahagian kos operasi dah dicover oleh  Japan Foundation dan Mombusho( Kementrian Pendidikan Jepun).Dah sampai jangan risau sangat pasal duit sebab dekat sini ko boleh tau rupanya banyak gila biasiswa yang orang Jepun nak bagi kat foreign student ni.
  • Even kalau tak dapat gi Jepun sekalipun, sijil bahasa Jepun disini boleh pakai , sekurang2 nya untuk kerja ngan company Jepun kat sini.
  • Dekat sini bagus sebab boleh bergaul terus dengn Japanese yang duk Malaysia yang selalu wat gathering kat KL-Japan Club bersebelahan. Yang nak jadikan ko anak angkat pun bertimbun, mana tau ,bila kat Jepun nanti ntah2 diorng yang support ko..huhu.


MARA Japan Industrial Institute (MJII)

  • Ni fully under  MARA. Style dia macam kolej vokasional MARA , cuma akan ada seliaan beberapa orang sensei.Ni untuk mereka yang tidak  bernasib baik untuk masuk AAJ, PPKT, JAD atau pun tak duit langsung untuk masuk Teikyo.
  • Hanya beberapa orang sahaja yang terpilih untuk teruskan degree ke Jepun.Most of them abes diploma je  terus kerja,
..dan lain lain..





Touch-screen vending machine (2011): dah masuk 5 tahun, satu ketul mesin ni pun belum nampak kat KL

















Melainkan China, permerhatian dan pengalaman kerja dengan Japan dan Korea mudah-mudahan boleh menjadi panduan ke mana korang nak kembangkan potensi lepas dah masuk alam pekerjaan.

sila ke baca sini

Pun begitu , nanti aku nk tuliskan siri akhir , apakah hakikat sebenar setelah 25 tahun Dasar Pandang Ke Timur?, apa citer derang2 yang balik tiap2 tahun ni? Relevant lagi ke hantar adik2 , anak2 buah belajar sana dan balik?
Pasni ke mana pulak dasar ni boleh guide Malaysia jadi maju ke idak? 4 tahun je lagi pun..

tunggu..




Read More

Friday, January 29, 2016

Timbalan Perdana Menteri Selepas Zahid Hamidi

12 comments



2 tahun lepas aku macam berkira2 untuk  publish artikel ni

Siapa selepas Najib  kalau bukan Muhyiddin

Tapi  tangguh jap ,kang takut pulak Malaysiakini beli blog ni,tkleh cari makan lah aku pasni huhu..
Sampai ke sudah tak publish…

Btw, mcm yang kita tahu , peluang TSMY untuk jadi PM ke-7 sudah makin tipis,  lihat dari umur ,boleh lah diandaikan karier politiknya sudah semakin penghujung
Kudos Tan Sri, menjadi orang no-2 pun bukan perkara yang calang-calang,,
Berbalik kepada cerita Najib and Zahid
Untuk PRU14 ,Selangor hampir mustahil milik UMNO/BN. Kes Khir Toyo seakan menjadi  kudis buta buat UMNO Selangor, sakit bila parah ,tetap berparut bila kebah.
Macam itu bagi Penang, teruknya merosot sokongan orang Cina pada calon BN.Orang Cina lebih sokong calon Melayu (PKR/DAP) berbanding orang cina sendiri baik, dari MCA atau GERAKAN.
Kelantan..hmmm.. buatlah macam mana sekalipun, Kelantan tetap milik PAS, titik.
Berbanding Selangor, Kelantan atau Penang, Kedah pula masih kekal milik  UMNO.Kemenangan itu sangat dibantu oleh faktor Mukhriz.
Johor, walaupun merosot, masih milik UMNOKemorosotan atas faktor TSMY barangkali.Tapi masih takleh lawan faktor Sultan dan TMJ.Rakyat , eh ,maaf, Bangsa Johor sangat sayangkan Sultan dan TMJ diorang. Jadi, apa sahaja kritik oleh TMJ kat kerajaan, even tak mustahil, kalau Sultan seru Bangsa Johor tolak UMNO, bukan setakat  tak jadi deposit, malah Johor bukan lagi milik UMNO .Saya sangat sure dan pasti!!.
Perak , milik UMNO/BN le yob .Faktor Zahid, ate mane idokenye komerr, deme pun ndok calon deme jadi PM, ajenye ye.
Negeri2 lain tak pasti. Cuma yang boleh diagak, UMNO/BN masih lgi memerintah. Pakatan pun boleh tahan merapu  sekarang.Sejak bercerai dengan PAS, harapan rakyat yang untuk gantikan UMNO/BN dengan barisan yang lebih baik ,makin celaru.Apatah lagi bila  kerusi PAS juga PAN  masuk  , pecahan undi yang amat menguntungkan UMNO/BN.Tu belum kira lagi kawasan PKR , PAS pun masuk..


Tindakan Azmin bertahalul siyasi dengan PAS sedikit sebanyak melindungi Selangor  dari dimiliki  UMNO. Tidak banyak pilihan untuk DAP yang  lagi tak rela Selangor jatuh kat UMNO/BN .Pastinya tidak ada kerusi untuk PAN di Selangor, melainkan PKR give up dengan kerusi mereka.DAP? tobat lahum takkan kasik.

Tau-tau, kalu tak setuju pun takpa. Poltik memang kotor bro. Memang ramai yang sangka , malah lebih dari itu, ramai juga mau Pakatan  take over  Malaysia.
Suka atau tidak ,UMNO dan BN masih  memerintah.

Pasca Pemilihan  UMNO
Setakat hari ni , Najib>Muhyiddin>Zahid> ShafieApdal>Hishamuddin>KJ,
Baik sebelum atau selepas PU, Najib pasti berundur.,
Dan dia pasti berhempas pulas untuk pasti pengunduran dia kerajaan masih dibawah UMNO/BN. Sebab dia ? orang gila je tak tau.
2 dua kemungkinan, sebelum dan selepas PU:
Jika sebelum, ia pastilah menjadi factor utama kenapa selepas PU , UMNO/BN masih kekal
Jika selepas, pastilah dia dipersalahkan atas kemosotan pantas dinasihati Zahid untuk berundur sebagaimana dia nasihat Pak Lah hari itu.
Jadi , persoalannya siapa pula yang akan jadi TPM.
Ikut urutan hieraki UMNO diatas.Tolak TSMY dan Shaife, TPM   pastinya Hishamuddin kan?
Politik kotor bro huhu..
Rilek boh
Zahid pasti takkan ambik Hishamuddin , apatah lagi KJ
Habis tu dia amik sapa timbalan dia?

Mukhriz akan jadi timbalan dia.. huhu






Kenapa?
Penyakit dalam UMNO ni, bila ko dah berkuasa, dah jadi Presiden, benda pertama yang ko akan buat ialah padamkan semua legasi Presiden sebelumnya dengan cantas smua orang2 kuat, termasuk anak2 mereka.Itulah  yang terjadi masa anak TunM ni ber tanding untuk Ketua Pemuda.Tak lama selepas itu , percubaan membunuh  karier politik Mukhriz berterusan bilamana dia diletakkan calon lawan kat  Kubu Kuat PAS . Percubaan yang gagal.Malah  lebih dari itu , beliau jadi MB Kedah dengan prestasi UMNO/BN meningkat. Kalah tipis dengan Hishamuddin pada pemilihan untuk kerusi terakhir Naib Presiden yang lalu,  petanda percubaan Mukhriz untuk jawatan tu kali ni pasti tampak lagi mudah.Naib Presiden yang paling banyak undi…
Itulah politik bro. Kalau ko ramai yang suka, ramai yang nak undi ko, tak pasal2 orang atas letak ko duk sebelah dia .Padahal dulu dia la yang hentam ko kaw-kawTakpa ,buka buku baru ,janji “I help u, u help me”.. KJ pulak  akan kekal sebagai Pemuda UMNO paling berkuasa dalam sejarah penubuhan UMNO.Nasib Hishamuddin sama seperti Tun Ghafar Baba, ternama tapi tidak berkuasa.


Bagaimanapun ini cuma andaian.  Satu andaian yang sangat umum.Andaian dari kacamata sempit ini berasas landskap politik semasa.Itu pun kalau UMNO tak berkerjasama dengan PAS dalam PU. Itu pun kalu PAS tk patah balik ke Pakatan.Kalau salah satu dari dua menda ni terjadi ,skrip pasti berbeza
Nasihat abah aku kalu nak pegang mana2 parti politik kat Malaysia, no. 1 , jangan lawan presiden, no.2 sailang orang nombor 2, kalu tak konfiden pergi orang no 3,4,5, dan seterusnya yang .No. 6, patuh nasihat no.1.


Read More

Monday, January 4, 2016

DASAR PANDANG KE TIMUR DAN AKU ::#siri-1

8 comments




Selama 5 tahun berkerja di tanah air ,Alhamdullillah  aku dah pun kerja dengan  syarikat Jepun, Korea, China selain  syarikat orang melayu sendiri.
So, bawah ni  perbandingan antara 3 syarikat dari negara timur yang  berlainan ini,pilihan untuk berkerja sebagai orang yang dah ada degree ,yang mana syarikat tempatan aku letakkan sebagai  Par. Maksudnya , kalau aku cakap out, syarikat tempatan lagi baik.






SYARIKAT JEPUN

  • Sangat displin , no offense
  • 5 s, seiri,sentaku..blabla..polisi yang kena hafal ye adik2. Amalan mulia ni Jabatan Pendaftaran Negara kat Putrajaya pun copypaste.
  • Lambat  datang pun tak kisah. Seminit cuma potong gaji 2 jam bekerja je. Itu pun nasib kalau tak kena warning letter.Kalau kena,  2 kali surat terus kena terminate 24 jam.huhu
  • Workstation sumer sepesen. Boleh jadi manager duduk kat depan freshie, tk da hal.Takda partition, takda bilik.Senang untuk senior-senior kau ajar cara nak kerja a.k.a.  monitor.Jangan risau kalau tk perform ,tidak akan dipecat, cuma rank je jatuh. Yang kene pecat ni cuma yang datang lambat je.
  • Gaji paling kecil. Pun begitu, local diberi peluang untuk meneraju syarikat,dan buat keputusan2 penting(kalau ikut bajet). Aspek latihan kemahiran sangat diutamakan. Bab ni,  syarikat dari mana2 negara pun takleh lawan dengan syartikat Jepun. Training baik di Singapura ataupun HQ di Jepun sendiri adalha perkara biasa. Kadang sampai 3 bulan.In return kene ikat sampai 10 tahun pun ada, miehehe..Nak belajar teknikal, kemahiran, management, syarikat Jepun sangat OK
  • Mengampu--- Sini kena pandai mengampu bos, suka tak suka, kena suka jugak, kena suka mengampu.Tau kan, beza mengampu dengan ambil hati?
  • Sangat2 prihatin dengan keperluan pekerja local. Waktu solat,buka puasa ,even nak wat tadarus tiap2 hari pun dia sponsor .Jangan pelik kalau di sana ko akan jumpa staff2 yang 15-20 tahun masih lagi kerja tempat yang sama.
  • Sangat respek dengan local. Tapi tak semua boleh buat member. Kebanyakkan masih letak gap.Jepun ni kalau sorng2 dia  boleh la wat tido sama2.Tapi bila jumpa geng2 dia, habiss.. dengan ko dia wat cam kawan tadika dia je..
  • Seniority perkara paling obvious. Jangan melawan senior ok. Iya kan saja. Biadap kalau balik sebelum senior.Senior always right, yeehaa  .Time lunch sama2 , takleh makan selagi senior yang paling senior tak start makan.
  • freshie (nama+kun)<ketua bahagian(nama + buchou ) <ketua jabatan(nama+kachou)<bigboh (nama +syachou)





 SYARIKAT KOREA



  • Semangat setiakawan yang tinggi,pride paling tinggi .Kalu  ko  ada wat salah, dia  akan back up ko gila2. Nak jaga airmuka syarikat.
  • Sangat bersistem, dan sangat rajin.Malah lagi rajin dari orang jepun.
  • Berbanding Jepun, seniority lagi lagi obvious.Dah macam sekolah asrama penuh.  freshie (nama+gizanim)< senior (nama+derinim) < technical manager (nama+Ka-jang-nim)< dept.manager (nama+bu-jang-nim).Lunch ,takleh duk sebelah2.Kena duk bertentangan snior ngan junior.
  • Susunan meja pun ikut seniority.Tapi tetap takda partition or bilik2.
  • Sangat rajin, dan malu nak tunjuk bila time derang malas. Sanggup mengular bilik stor yang panas dan kotor .
  • Sangat respek pekerja pompuan. Selepas kes BIGBANG peluk gadis, Koreans ni dah macam cuak2 nk cakap ngan staff pompuan.Takut pompuan mesia label derng ni gatal .Mugkin dah memang perangai orang lelaki  Korea sendiri yang gentle dan sweet.
  • Gaji lebih besar dari syarikat Jepun. Pun begitu ,local hanya bertindak supporter je, bukan peneraju syarikat.Decision2 penting lansung tak melibatkan local. Tak banyak yang boleh belajar tentang management.Aspek teknikal pun just ok ok saja.
  • Sangat respek ngan local.Tak kerek. . Kerja gila, time tak kerja lagi gila.Baik dengan geng dia atau tidak, dia akan drag ko join sekaki. Boleh buat member, boleh wat tidor skali. Agak kasar macam orang Melaka tapi hati baik macam orang Perak , eh?  .Tak malu untuk belajar dan untuk salah , takda hal nak mix ngan lokal.Bagi derang embrace the moment yang paling penting.






 SYARIKAT CHINA



  • Teknikal out, Disiplin out, management pun out.Advantage  gaji paling besar.
  • Tak banyak benda yang boleh belajar , itu pun bergantung sama-sama local yang kerja sekali.Kalu dia sudi guide, banyak la benda ko belajar.
  • Aspek management banyak rely on local. Dari situ ko boleh boleh experience sendiri dalam management dan berdikari selok belok operasi syarikat dengan bebas.
  • Keprihatian terhadap lokal out, peningkatan kemahiran staff pun out.
  • Dah, apa yang OK nye?  Syarikat CHINA sekarang tengah boom .Syarikat JEPUN kalah. Syarikat KOREA pun dah goyang. So, nak cakap stability untuk 5-10 tahun  akan datang syarikat CHINA paling OK , sebab capital derang sangat besar.
  • Walaupun sama-sama bangsa , sama bahasa, Cina local dengan Cina China pun tak ngam.  Bergaduh congcengcongceng sesame derang bukan perkara asing. Even sama2 China pun.So, boleh dikatakan derng ni  tak lah nak embrace sangat ngan kita as local. Nk respek , apatah lagi.
  • Panggilan: yang aku tau paling besar  : nama + chong




Ni setakat yang aku observe la, kalau korang ada nak tambah , sila-sila share kan komen ni.Next aku akan tulis “ Dasar Pandang Ke Timur dan Aku “siri ke-2 Tungguuu..

Read More
Related Posts with Thumbnails